Hidangan untuk 4 orang
Bahan²:
4 biji kentang (jenis kulit perang), saiz sederhana
¼ cawan susu penuh krim (cecair)
2 camca besar marjerin/mentega
Sedikit lada sulah (lada hitam)
Sedikit garam
Serbuk sos perang
Cara² membuat kentang putar:
¼ cawan susu penuh krim (cecair)
2 camca besar marjerin/mentega
Sedikit lada sulah (lada hitam)
Sedikit garam
Serbuk sos perang
Cara² membuat kentang putar:
- Bersihkan kulit kentang dan rebus dalam air mendidih. Angkat bila kentang betul² empuk. (Kulit kentang boleh dibuang dan kemudian kentang boleh dipotong sebelum merebus. Kaedah ini dapat menjadikan kentang empuk dengan lebih cepat tetapi menyebabkan kentang menjadi kurang manis apabila ia empuk)
- Buang kulit dan potong kentang hingga menjadi segmen kecil². Lecek²kan ia sehingga menjadi halus dan kasar² sedikit
- Selepas itu, sambil melecek, tuangkan susu perlahan² sehingga konsistensi kentang itu lembut. Bubuh mentega, lada hitam, garam secukup rasa. Rasa kentang lenyek tersebut dan tambah mana² bahan (jika perlu) mengikut citarasa
Cara² membuat sos perang
- Dalam mangkuk, tuangkan serbuk sos perang dan air. Kacau hingga sebati
- Tuangkan dalam periuk, kacau perlahan². Pastikan anda memasang api sederhana
- Perlahan² tuangkan susu penuh krim (cecair) sehingga sos menjadi likat dan mengikut citarasa
Cara hidangan:
Tuangkan sos perang di atas kentang putar dan hidangkan bersama hidangan Western atau boleh makan begitu sahaja di depan TV :)







