Thursday, October 30, 2008

8. Mashed Taters (BM version)

Hidangan untuk 4 orang

Bahan²:

4 biji kentang (jenis kulit perang), saiz sederhana
¼ cawan susu
penuh krim (cecair)
2 camca besar marjerin/mentega
Sedikit lada sulah (lada hitam)
Sedikit garam
Serbuk sos perang

Cara² membuat kentang putar:

  1. Bersihkan kulit kentang dan rebus dalam air mendidih. Angkat bila kentang betul² empuk. (Kulit kentang boleh dibuang dan kemudian kentang boleh dipotong sebelum merebus. Kaedah ini dapat menjadikan kentang empuk dengan lebih cepat tetapi menyebabkan kentang menjadi kurang manis apabila ia empuk)
  2. Buang kulit dan potong kentang hingga menjadi segmen kecil². Lecek²kan ia sehingga menjadi halus dan kasar² sedikit
  3. Selepas itu, sambil melecek, tuangkan susu perlahan² sehingga konsistensi kentang itu lembut. Bubuh mentega, lada hitam, garam secukup rasa. Rasa kentang lenyek tersebut dan tambah mana² bahan (jika perlu) mengikut citarasa

Cara² membuat sos perang

  1. Dalam mangkuk, tuangkan serbuk sos perang dan air. Kacau hingga sebati
  2. Tuangkan dalam periuk, kacau perlahan². Pastikan anda memasang api sederhana
  3. Perlahan² tuangkan susu penuh krim (cecair) sehingga sos menjadi likat dan mengikut citarasa


Cara hidangan:
Tuangkan sos perang di atas kentang putar dan hidangkan bersama hidangan Western atau boleh makan begitu sahaja di depan TV :)

No comments:

DISCLAIMER

Some pictures shown are obtained from various internet sites. The blog owner will cite the pictures source soon